MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Thursday 21 February 2013

Resipi Kek Marble Oren

Kek marble gabungan perisa oren dan coklat.. 




Bahan- bahan:-
  • 500g tepung gandum
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 1 camca teh garam (ketiga-tiga bahan diayak bersama)
  • 500g gula
  • 500g mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 2 camca teh jus oren / sunquick
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh parutan kulit oren
  • 1/2 cawan serbuk koko &
  • 1/3 cawan susu segar (UHT) - dicampurkan sehingga sebati

Kaedah menyediakannya:-
  1. Mentega, esen vanilla dan gula dipukul sehingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan dikacau sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  5. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren ke dalam adunan pertama.
  6. Masukkan koko dan campuran susu ke dalam adunan kedua.
  7. Lenserkan tin kek dengan marjerin cair dan alaskan dengan kertas minyak.
  8. Tuangkan adunan oren dan diselang- selikan dengan adunan coklat sehingga habis kedua adunan dan ratakan permukaan kek.
  9. Bakar kek ke dalam ketuhar bersuu 170' C selama 45 minit.


Kek Marble Pandan

Kek marble perisa pandan dan coklat, ditambah dengan kacang almond! 



Sunday 17 February 2013

Cream Puff

Cream Puff antara deserts yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..






Friday 15 February 2013

Banana Chocolate Chip Muffins With Raisin & Walnut Chunk

Banana Muffin dengan campuran coklat chip, kismis dan taburan walnut. Memang kena dengan citarasaku..









Friday 1 February 2013

Doorgift Brownies 1200pcs with Customised Giftbox..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi.. Setelah bertungkus- lumus membaking & mempacking doorgift Cik Athirah, akhirnya selesai juga tugasan yg telah di berikan. Hehehehee.. syukur & lega sangat2. Lepas ni bolehlah rilex,  selepas lenguh2 tangan & pinggang. Hahaahaa.. Inilah hasilnya.. gambar keseluruhan 1200 box yg dah packing dalam 12 plastik beg...  Anyway " Selamat Pengantin Baru" buat pasangan Athirah & Rizal! Terima terima kasih di atas jemputan & semoga majlis esok berjalan dengan lancar hendaknya..
Esok giliran tugasan Puan Shima A.K.A mak andam pulak yg take turn, ehhh! Dari pagi sampai ke petanglah nampak gayanya.Kesian kat Irfan...







Alhamdulillah, Ya Allah!