MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Thursday 9 August 2012

Jenis-jenis tepung dan kegunaannya..

Ada pelbagai jenis tepung dipasaran dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih-muih, kek, pastri biskut atau roti. Oleh itu perlu bagi anda memahami jenis-jenis tepung yang hendak digunakan bagi memastikan anda menggunakan tepung yang betul dan mendapat hasil yang memuaskan.




Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
- Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah dicampur dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat jadi tidak perlulah menambah serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek





Tepung High Protein (Tepung Roti)
- Dikenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila diuli.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut.





Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
- Dikenali sebagai tepung kek atau tepung Superfine. Tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.





Tepung Red Rose (Cookies Flour)
- Tepung Red Rose atau lebih dikenali dengan nama tepung cookies. Kandungan tepungnya telahpun dicampur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenig ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh ditambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut.





Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
- Tepung jenis ini senang didapati dipasaran dan harganya jauh lebih rendah seperti cap wau, cap sauh dan cap kunci. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu ditambah dengan serbuk penaik dan diayak 2-3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.




Tepung Hoen Kwee
- Tepung jenis ini diperbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih-muih dan puding. Boleh didapati dalam paket-paket kecil dalam tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.



Tepung Hong Kong (Waterlily Flour)
- Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana ia menjadikan teksturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih-muih.



Lain-lain jenis tepung
- Antaranya ialah tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi, tepung kentang, tepung sago, tepung susu. Kesemua jenis tepung ini digunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih-muih, puding, kek dan biskut.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment