MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Thursday 21 February 2013

Resipi Kek Marble Oren

Kek marble gabungan perisa oren dan coklat.. 




Bahan- bahan:-
  • 500g tepung gandum
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 1 camca teh garam (ketiga-tiga bahan diayak bersama)
  • 500g gula
  • 500g mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 2 camca teh jus oren / sunquick
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh parutan kulit oren
  • 1/2 cawan serbuk koko &
  • 1/3 cawan susu segar (UHT) - dicampurkan sehingga sebati

Kaedah menyediakannya:-
  1. Mentega, esen vanilla dan gula dipukul sehingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan dikacau sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  5. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren ke dalam adunan pertama.
  6. Masukkan koko dan campuran susu ke dalam adunan kedua.
  7. Lenserkan tin kek dengan marjerin cair dan alaskan dengan kertas minyak.
  8. Tuangkan adunan oren dan diselang- selikan dengan adunan coklat sehingga habis kedua adunan dan ratakan permukaan kek.
  9. Bakar kek ke dalam ketuhar bersuu 170' C selama 45 minit.


No comments:

Post a Comment