MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Friday, 30 November 2012

Product Pricing


CUPCAKES SIZE & PRICING
S - 2.5cm / 1.5 top dia - 2oz
M - 5.5cm / 2.25 top dia - 2.5oz
L - 6.0cm / 2.50 top dia - 3.5oz

1. Buttercream / Chocolate Ganache
Small Solo Cup + Packaging
16 (S) - RM35.00
25 (S) - RM50.00
16 (M) - RM38.00
25 (M) - RM 55.00

2. Buttercream + Edible Image
Small Solo Cup + Packaging
16 (S) - RM38.00
25 (S) - RM55.00
16 (M) - RM45.00
25 (M) - RM68.00

Individual Packaging :
+ RM0.20/pcs



SENARAI HARGA MUFFINS
SMALL
RM1-20/ pcs
RM1-00/pcs for 100pcs above

MEDIUM
RM1-60/pcs
RM1-50/pcs for 100pcs above

FLAVOUR : Coklat, Vanilla, Strawberry, Orange & Pandan.

FILLING : Strawberry, Blueberry, Pandan Kaya & Coklat.

MINIMUM ORDER : 25 pcs

Individual Packaging:
+ RM0-20/pcs



SENARAI HARGA COKLAT PRALINE TERMASUK KOTAK + REBEN
25 Cavity (Plain Coklat) = RM28
25 Cavity (Colouring) = RM30
25 Cavity (Colouring + Alphabet) = RM32


35 Cavity (Plain Coklat) = RM38
35 Cavity (Colouring) = RM40
35 Cavity (Colouring + Alphabet) = RM42

** Filling kacang almond @ hazelnut only

Resipi Nasi Minyak Hujan Panas

Bolehlah dihidangkan dengan acar timun, ayam masak merah, gulai daging atau masak kurma.. Ikut selera masing-masing.







Bahan-bahan: (5-6 orang)
* 4 cawan beras basmathi
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 Helai daun pandan
* pewarna merah/pink, hijau & kuning


Bahan tumis:-
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga

Bahan untuk hiasan:
* Bawang goreng & kismis @ gajus



Cara-cara:
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris halia nipis2 dan mayang semua bawang.
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
4. Masukkan ke dalam beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna di tempat berasingan. Bila dah masak gemburkan nasi tadi dan bolehlah dihias dengan gajus, kismis atau bawang goreng jika suka..

Thursday, 29 November 2012

Puding Jagung

Puding jagung dengan tekstur yg lembut gitu.. Untuk jamuan atau doorgift memang sesuai diletakkan dalam container, senang sikit nak makan. Selalunya kalau kita makan puding, tangan selalu melekitkan. Kalau makan dalam container & ada sudu pulak tu, tak basuh tangan pun tak apa. Hehe... Siapa2 yang nak order untuk jamuan makan boleh sms @ email saya ok. Tq.

Minimum order 100 pcs @ RM0.60/pcs
* with individual container & spoon.






Wednesday, 28 November 2012

Resipi Puding Gula Hangus..

Senang sangat siapa pun boleh buat..




Bahan-bahannya:- (Loyang 8")

* 3 sudu besar gula pasir
* 1 tin susu pekat
* 7 biji telur ayam
* 1 cawan air
* 2 sudu kecil essence vanilla


Cara memasak:-

1. Mula-mula cairkan gula dalam loyang atas api yang sederhana kecil. Masak gula sampai kekuningan. (gula jangan dikacau) Bila dah cair, lenggang-lenggang loyang tu biar gula tu rata.

2. Pukul telur sampai berbuih kemudian masukkan susu pekat. Kacau rata baru masukkan air dan essence vanilla.

3. Kemudian tuangkan adunan tadi atas gula yang dah beku dan bolehlah dikukus sampai masak. Bagi yang tak ada pengukus tu, boleh cuba kaedah Bain Marie, macam akak hehehe. Bakar @ kukus dalam 45 minit gitulah..

4. Bila dah sejuk terlangkupkan dan bolehlah dijamu.. Lagi sedap bila disejukkan dalam peti.


Selamat Mencuba..:-)


Kaedah Bain Marie.


Sumber: google image.

Monday, 26 November 2012

Lemon Bars

Hurm.. Lemon bars ni lebih kurang mcm dessertlah dengan teksturnya yang crunchy dibawah dan dengan topping yang lembut seperti puding. Kemewahan rasa lemon yang masam-masam manis sungguh menambat rasa. Hehe.. For doorgift boleh letak dlm "Gold Transparent Box" yang akak buat letak brownies tu,ok..








Saturday, 24 November 2012

Brownies

Brownies for farewell.. Thanks teacher for your effort :-) Will miss you all!!






Friday, 23 November 2012

Cartoon Edible Image Cupcakes..

Cupcakes with edible image yang menjadi kegemaran kanak-kanak dengan watak kartun Strawberry Shortcake & Ben10 untuk sambutan majlis hari lahir.. Individual packaging untuk guest.. Happy Birthday :-)





Friday, 16 November 2012

Mini Cupcakes

Chocolate Moist Mini Cupcakes



Chocolate Moist With Chocolate Chips



Budget Packaging @ 3pcs Mini Cupcakes



Sunday, 11 November 2012

Chocolate Moist Cupcakes

Promosi untuk Chocolate Moist Cupcake with Chocolate Ganache Topping + Sugarpaste Flowers Decoration bukan Strawberry yer.. hehehe(Simple Decoration)



*Individual Packaging with Souffle Cup S @ RM1.20
*Individual Packaging with Souffle Cup M @ RM1.50

Tq..



Saturday, 10 November 2012

Promotion Individual Cupcake with Packaging..

Assalamualaikum..

Individual Packaging Cupcakes in container. Packaging yg selamat untuk cupcakes anda. Design & Flavor cupcakes boleh request.

*Promosi untuk Chocolate Moist Cupcake with Chocolate Ganache Topping + Sugarpaste Flowers Decoration. (Simple Decoration)

*Individual Packaging with Souffle Cup S @ RM1.20
*Individual Packaging with Souffle Cup M @ RM1.50

Tq..


Souffle Cup 'S'




Souffle Cup 'M'




Perbezaan saiz Souffle Cup 'S' & 'M'

Wednesday, 7 November 2012

Brownies lagi..

Brownies Doorgift.. Pilihan packaging mengikut budget anda.
*Harga bermula dari RM1.20 - RM2.50
*Minimum order for Doorgift 50pcs.
*Order banyak harga boleh runding..




@ VIP Packaging in Gold Box Packaging RM2.50 / Pcs







@ Standard Packaging
RM1.50 / Pcs Size 'S'
RM1.70 / Pcs Size 'M'





@ Budget Packaging RM1.20 / Pcs



Tuesday, 6 November 2012

Promosi Cupcakes Musim Kenduri!

Harga:
*RM1.00/ pcs Size(S) termasuk simple packaging + reben.
*RM1.30/ pcs Size(M) termasuk simple packaging + reben.
*Pilihan kek : Plain Coklat @ Plain Butter
* Untuk tempahan melebihi 1000 pcs harga boleh negotiable.








Souffle Cup

Pilihan Souffle cup for cupcakes..



Fudgy Brownies

Brownies ada banyak jenis teksturnya, yang akak buat ni jenis yang fudgy.. memang chewy and so chocolaty bila ditambah lagi dengan topping chocolate ganache & taburan almond nibs untuk decoration.. emmm..yummy.. Tempahan brownies sebagai doorgift boleh diletakkan didalam container plastik atau kotak mini bergantung atas kehendak pelanggan.


Tempahan Chocolate Chips Cookies 1500pack

Alhamdulillah.. Akhirnya tempahan 1500 paket chocolate chips cookies dari staff Digi untuk doorgift semperna hari perkahwinannya pada hujung minggu ini telah pun disiapkan.. Pada tuan yang empunya, terima kasih banyak-banyak kerana sudi oder dengan akak & for Izza thanks to you too.. Hehehe. Akhir kata "Selamat Pengantin Baru" & Selamat menempuh gerbang perkahwinan dan semoga kebahagian berkekalan keakhir hayat.. Insyaallah". Amin...


Harga:
RM1.00 Sepaket
RM0.80 Sepaket untuk 1000pcs ke atas