MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Wednesday 28 November 2012

Resipi Puding Gula Hangus..

Senang sangat siapa pun boleh buat..




Bahan-bahannya:- (Loyang 8")

* 3 sudu besar gula pasir
* 1 tin susu pekat
* 7 biji telur ayam
* 1 cawan air
* 2 sudu kecil essence vanilla


Cara memasak:-

1. Mula-mula cairkan gula dalam loyang atas api yang sederhana kecil. Masak gula sampai kekuningan. (gula jangan dikacau) Bila dah cair, lenggang-lenggang loyang tu biar gula tu rata.

2. Pukul telur sampai berbuih kemudian masukkan susu pekat. Kacau rata baru masukkan air dan essence vanilla.

3. Kemudian tuangkan adunan tadi atas gula yang dah beku dan bolehlah dikukus sampai masak. Bagi yang tak ada pengukus tu, boleh cuba kaedah Bain Marie, macam akak hehehe. Bakar @ kukus dalam 45 minit gitulah..

4. Bila dah sejuk terlangkupkan dan bolehlah dijamu.. Lagi sedap bila disejukkan dalam peti.


Selamat Mencuba..:-)


Kaedah Bain Marie.


Sumber: google image.

No comments:

Post a Comment