MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Wednesday, 12 December 2012

Resipi Bubur Cha Cha


Kita panggil bubur ni bubur cha cha. Tapi tak tahulah kalau ada gelaran panggilan yang lain untuk bubur ni. But this is just the way i like to serve it, with my own taste..:-)


Bahan-bahan:

1) Cha cha - sepeket
2) 500ml Santan
3) 1 buku gula Melaka
4) *1 biji keledek kuning
5) *1 biji keledek unggu
6) 6 sudu besar susu pekat
7) air secukupnya
8) 3 helai daun pandan disimpul
9) Sedikit garam

Cara-cara:

1) Bahan yg bertanda * adalah optional. Potong dadu bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam periuk kemudian di isi dengan air elok-elok tenggelam keledek tu, masuk daun pandan yg telah disimpul. Masak sehingga keledek hampir empuk.

2) Setelah hampir empuk masukkan cha-cha dan biar kembang sedikit kemudian bolehlah dimasukkan santan, gula melaka, susu pekat & garam. Kalau suka manis-manis boleh tambah gula.

No comments:

Post a Comment