MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.
Showing posts with label Katering. Show all posts
Showing posts with label Katering. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

Agar- agar Batik





Bahan - Bahan :
  • (20g) Agar - agar kering - direndam semalaman
  • 4 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air pandan ( di ambil dari 6 helai daun pandan yg di blender dan ditapis)
  • Sedikit pewarna hijau - optional
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan
  • sedikit garam
Cara - cara:
  1. Masukkan agar-agar kering dan air ke dalam periuk dan dimasak sehingga agar- agar hancur.
  2. Masukkan gula dan kacaukan hingga gula tadi larut.
  3. Masukkan air pandan.
  4. Dalam bekas yang berasingan, satukan santan, telur dan garam dan dikacau rata.
  5. Kemudian tuangkan adunan santan dan telur tadi ke dalam periuk yang berisi agar2 sedikit demi sedikit dan kacar rata. Jangan biar berketul.
  6. Akhir sekali bolehlah di tuangkan ke dalam loyang dan biarkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti.
Sekian.. selamat mencuba!

Sunday, 30 December 2012

Resipi Roti Jala + Santan

Lama x update blog ni, rasa rindulah pulak heheheh.. Maklumlah cuti sekolah panjang sangat. Minggu depan sekolah dah nak buka, so sibuklah sikit nak uruskan persiapan anak yg baru nak melangkah ke tahun satu dengan abangnya ke tahun 2. Kakak yg sulung still dlm mood cuti sampai hujung minggu persekolahan bermula.. Ohh, sukanya dia yer!

Melalutlah pulak sebenarnya nak kongsi resipi roti jala ni. Kalau dulu ressipinya guna susu segar yg ni pula guna santan kelapa lagi wangi dan harum baunya, x sabar rasa nak makan heheheh.. Kalau rajin boleh cuba..



Bahan-Bahan:- (Untuk 4 orang makan)

* 2 cawan tepung gandum
* 2  cawan air dibancuh dengan 1 paket santan serbuk segera
* 1 biji telur
* 1 sk garam
* pewarna kuning

Cara-cara:-

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.

2. Masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah menjala di dengan api yang perlahan selama lebih kurang seminit dan bolehlah dimakan dengan kari ayam atau serawa durian.

Wednesday, 12 December 2012

Resipi Popiah Goreng





Bahan-bahan (15 biji)

1) kulit popiah
2) taugeh 3 genggam
3) karot sebatang- dihiris memanjang dan nipis
4) dada ayam sekeping- didadu
5) 2 biji telur ayam
6) 3 ulas bawang merah- dimayang halus
7) 2 ulas bawang putih- dimayang halus
8) 1 sudu kecil lada sulah
9) 1 sudu kecil garam
10) 1 sudu kecil serbuk pati ayam
11) sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

1) Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang hingga naik baunya.
2) Masukkan isi ayam dan gaul hingga masak kemudian masukkan carot tunggu sedikit layu masukkan telur kacau sebati.
3) Bila telur sudah mengering masukkan taugeh,garam, lada sulah & serbuk pati ayam. Kacau hingga masak & toskan.
4) Sudukan 1 sudu besar ke atas kulit popiah dan kemudian bolehlah dibalut. Untuk gam kulit popiah guna air pun boleh..

Sunday, 2 December 2012

Roti Jala & Serawa Durian

Mula-mula nak masak serabai makan dengan serawa durian ni, tiba2 malas nak keluar beli bahan2, so masaklah ikut apa yg ada dlm stok. Tu yang jadi roti jala & serawa durian tu.. hehehe





Bahan-Bahan:-

* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/2 cawan susu segar
* 1/2 cawan air
* 1 biji telur
* 1 sk garam
* pewarna kuning

Cara-cara:-

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.

2. Perap dalam 1/2 jam. Kemudian ditapis. Sediakan kuali leper & acuan roti jala.

3. Masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala dan lihat adunan (jika keluar menitis-nitis tambah lagi sedikit air. Adunan harus keluar mengalir tanpa putus-putus) dan bolehlah menjala di dengan api yang perlahan selama lebih kurang seminit dan bolehlah dimakan dengan kari ayam atau serawa durian..hehehe


Serawa Durian:-

* 300g gula melaka

* 2 sb gula pasir

* 200ml Air

* 800 ml santan

* 1/2 sk garam

* 6-8 ulas isi durian (@ lebih ikut selera)

* 2 helai daun pandan


Cara-cara:-

1. Didihkan air kemudian masukkan gula melaka dan gula. Bila gula dah larut masukkan santan, isi durian, daun pandan dan garam. Masak hingga isi durian layu..

Friday, 30 November 2012

Resipi Nasi Minyak Hujan Panas

Bolehlah dihidangkan dengan acar timun, ayam masak merah, gulai daging atau masak kurma.. Ikut selera masing-masing.







Bahan-bahan: (5-6 orang)
* 4 cawan beras basmathi
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 Helai daun pandan
* pewarna merah/pink, hijau & kuning


Bahan tumis:-
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga

Bahan untuk hiasan:
* Bawang goreng & kismis @ gajus



Cara-cara:
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris halia nipis2 dan mayang semua bawang.
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
4. Masukkan ke dalam beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna di tempat berasingan. Bila dah masak gemburkan nasi tadi dan bolehlah dihias dengan gajus, kismis atau bawang goreng jika suka..