MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.
Showing posts with label Kek Marble. Show all posts
Showing posts with label Kek Marble. Show all posts

Friday, 10 January 2014

Wedding Gift Raimi & Ella

Tempahan dari ayahanda & bonda Raimi dari Manjalara, KL, berupa 900 set Cookies In Jar, 200 set coklat Praline & 120 set marble Trio Cake perisa Strawberry & Vanilla.. Ribuan terima kasih buat Kak Anum & Abang Radzi sekeluarga dan "Selamat Pengantin Baru" buat Raimi & Ella..













Testimoni Pelanggan

Monday, 10 June 2013

Kek Marble Trio

Kek gabungan tiga rasa strawberry, vanilla dan coklat. Lembut, gebu dan sedap.. Hehe.. Saiz 2 inchi x 2 inchi.  Perisa dan warna kek boleh request nak letak warna ikut tema pun boleh. Berminat boleh whatsapp @ email saya. Terima kasih.

Budget Doorgift






Thursday, 21 February 2013

Resipi Kek Marble Oren

Kek marble gabungan perisa oren dan coklat.. 




Bahan- bahan:-
  • 500g tepung gandum
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 1 camca teh garam (ketiga-tiga bahan diayak bersama)
  • 500g gula
  • 500g mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 2 camca teh jus oren / sunquick
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh parutan kulit oren
  • 1/2 cawan serbuk koko &
  • 1/3 cawan susu segar (UHT) - dicampurkan sehingga sebati

Kaedah menyediakannya:-
  1. Mentega, esen vanilla dan gula dipukul sehingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan dikacau sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  5. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren ke dalam adunan pertama.
  6. Masukkan koko dan campuran susu ke dalam adunan kedua.
  7. Lenserkan tin kek dengan marjerin cair dan alaskan dengan kertas minyak.
  8. Tuangkan adunan oren dan diselang- selikan dengan adunan coklat sehingga habis kedua adunan dan ratakan permukaan kek.
  9. Bakar kek ke dalam ketuhar bersuu 170' C selama 45 minit.


Kek Marble Pandan

Kek marble perisa pandan dan coklat, ditambah dengan kacang almond!