MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Sunday, 14 April 2013

Resipi Bahulu Pandan Mekar

Bahulu kukus.. cara-cara membuatnya juga mudah.. :-)





Bahan-bahan (Lebih kurang 50 biji, acuan lompang)


  • 250g tepung gandum - diayak 
  • 200g gula halus 
  • 2 sk ovalette
  • 200ml air soda (ice cream soda / sprite)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen pandan
  • 1/2 sk garam
  • sedikit pewarna hijau
  • papercup


Cara-cara:


  1. Panaskan kukusan. Isikan papercup ke dalam acuan lompang dan ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati & kembang lebih kurang 10minit menggunakan hand mixer.
  3. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan dengan pewarna hijau.
  4. Masukkan adunan berwarna putih ke dalam acuan 3/4penuh dan kemudian letakkan adunan berwarna hijau diatasnya. Buat sehingga habis.
  5. Kukus lebih kurang 10-12 minit untuk acuan kecil & 15 untuk acuan besar.. 
  6. Masak hingga mekar & bolehlah di hidangkan..

Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment