MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Wednesday 17 April 2013

Resipi Puding Kastard



Bahan-Bahan: ( Loyang 8")

1 Peket agar-agar kering
125ml susu cair
2 cawan gula pasir - ( Kalau tak suka manis boleh kurangkan sukatan)
2 biji telur
2 sudu makan tepung kastard
Sedikit esen vanilla
Air -  mengikut sukatan pada peket agar-agar
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:

  1. Rendam dahulu agar-agar sehingga kembang @ semalaman. Kemudian larutkan agar-agar bersama air dan gula sehingga sebati.
  2. Setelah semuanya larut, ambil separuh dari adunan tersebut dan di masukkan ke dalam loyang dan di letakkan sedikit pewarna merah kacau sebati dan sejukkan.
  3. Separuh lagi adunan itu dicampurkan bersama susu cair, tepung kastard, telur & esen vanilla dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan ke atas agar-agar merah yg telah sejuk tadi. ( Jika bahagian atasnya mengeras lorekkan dengan garfu sebelum dituangkan dengan layer kastard)
  5. Sejukkan dan potong.
Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment