MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Tuesday 9 April 2013

Resipi Pau..

Jom buat pau sendiri.. Inti boleh letak apa2 jenis inti kesukaan anda.. :-)
Saya dah cuba.. Anda? Selamat mencuba!


Sebelum dikukus

1 adunan (10 biji pau)
Bahan-bahan untuk doh:
  • 240g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
  • 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder
  • 25g lemak sayuran (shortening)
  • *100ml air suam
  • *30g gula halus 
  • *1/2 camca teh cuka
  • *1/2 camca teh garam
  • *1 camca teh yis


Cara-cara:
  1. Masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder dan lemak sayuran sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2.  Satukan semua yg bertanda * dan kacau sehingga larut & akhir sekali baru masukkan yis dan dibiarkan selama 5 minit sehingga yis aktif.
  3. Masukkan campuran yang bertanda * ke dalam adunan tepung dan adun sehingga menjadi doh yang lembut dan elastik lebih kurang 15 minit jika menggunakan tangan dan 10 jika menggunakan mesin.
  4. Perap selama 45 minit.
  5. Keluarkan doh dan tumbuk untuk mengeluarkan angin dan bahagi kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan.
  6. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan dan sudukan inti kesukaan anda dan cantum sehingga menutupi inti tadi. Bulat- bulatkan dan letak diatas daun pisang selebar (2x2 inci).
  7. Kukus pau tadi di atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

Setelah 45 minit

Tinggal sebiji jer.. yg lain dah kena ngap.. hehehe..




No comments:

Post a Comment